IKAN JENAHAK
Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing.
Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden
Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika
saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan
mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan
penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa
yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti
berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di
kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun
tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di
sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal
dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan
perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang
berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk
memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing
ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan
ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di
kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air
masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.

Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas

Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan
jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka
pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing
ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan
ini.
Isi Ikan.
- Isi ikan amat efektif dalam menjerat ikan ini. Tetapi isi ikan
tersebut hendaklah benar-benar segar. Penggunaan isi ikan dari pasar
kurang efektif dalam menjerat ikan ini tetapi masih boleh dijadikan
option untuk memancing ikan ini.
Sotong
-Umpan sotong merupakan merupakan umpan killer untuk jenahak terutamanya
sotong hidup yang di candat di atas bot. Sotong perlulah dicandat
terlebih dahulu untuk dijadikan umpan. Jarang sekali ikan jenahak
menolak menu umpan sotong hidup. Bagi yang ingin menggunakan sotong
mati, kepala sotong merupakan kegemaran ikan ini.
Sotong kurita
-Selain sotong biasa, sotong kurita juga merupakan kegemaran ikan
jenahak. Jika mengunakan umpan ini, memadailah menggunakan salah satu
jejari atau tantical sotong kurita tersebut pada matakail. Ini mampu
menjimatkan umpan dan apabila jejarinya sudah habis, barulah mencangkuk
kesemua badan sotong kurita tersebut pada matakail.
Udang lipan.
- Ini juga merupakan salah satu umpan killer untuk ikan jenahak. Tetapi
harus diingat, hanya udang lipan hidup sahaja yang mampu menarik minat
ikan jenahak untuk memakan umpan
Teknik
Untuk memancing jenahak, saya sering menggunakan rod berkekuatan aksi
sederhana seperti PE3-5. Bagi yang mensasarkan bantal emas, saiz rod
yang lebih besar akan digunakan. Tali main lain berkekuatan 50lb-80lb
sudah memadai dengan dipadankan dengan perambut mono atau flocarbon
berkekuatan 60lb-100lb. Matakail yang sering digunakan oleh saya
lingkungan saiz 4/0-6/0
Tanduk atau ranggung amat penting dalam memancing ikan ini. Perambut
yang digunakan mestilah minimum sepanjang 2 depa. Kemungkinan penggunaan
batu ladung yang berat perlu bergantung pada kelajuan arus. Ini kerana
ikan jenahak amat aktif ketika arus laju.
Ikan ini tidak kasar ketika meragut umpan, tetapi pemancing hendaklah
peka dengan sebarang getuan ketika memancing. Ikan ini bergerak secara
kumpulan dan jika tiba masanya, pasti pemancing akan menerima ragutan
dari ikan inio bertubi-tubi. Hanya ikan jenahak bersaiz monster sahaja
gemar bergerak secara solo.






No comments:
Post a Comment